Komiti HPA Bukit Tinggi Kelang telah dibentuk pada perjumpaan hari rabu malam khamis 30 hb november 2011. Jumlah ahli yang hadir lebih kurang 20 orang dan pada malam itu turut dihadiri PJS Hafidzan. PJS Hafidzan telah memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada komiti agar tidak berputus asa dalam memperjuangkan produk halal HPA. PJS Hafidzan juga berharap tahun 2012 akan meningkatkan lagi jualan HPA Kelang.
Selepas AJK dipilih secara undian dan majlis bersurai, komiti telah bermesyuarat secara ringkas dan dipengerusikan oleh Ustaz Safuan. Pada malam itu, komiti telah sebulat suara untuk menetapkan hari rabu 9 malam sebagai perjumpaan mingguan.